Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump ancam pertingkat perang dagang ke atas semua import China ke Amerika

Sep 08, 2018 | 04:18 PM



WASHINGTON (WASHINGTON POST) - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau bersedia mengenakan tarif AS$267 bilion ($367 bilion) ke atas barang-barang China, di samping cukai import AS$200 bilion yang akan dikenakan dalam beberapa hari.



Sekiranya dilaksanakan, ancaman terbaru Trump boleh menyebabkan semua barangan China memasuki Amerika Syarikat dikenakan tarif, dalam perang dagang yang semakin buruk dengan China.



Amerika mula mengenakan tarif ke atas AS$50 bilion dalam import perindustrian China pada Julai sebagai tindakan Trump bersemuka dengan Beijing ekoran pelbagai dasar yang telah lama mengesampingkan pemimpin Amerika.



"Kita telah mengenakan cukai AS$50 bilion - itu ke atas teknologi," kata Presiden semasa mahu menaiki pesawat Air Force One. "Sekarang kami tambah lagi AS$200 bilion. Dan saya tidak suka menyatakan, tetapi di sebalik itu, ada lagi AS$267 bilion sedia dikenakan dalam waktu singkat, jika saya mahu. Itu benar-benar mengubah persamaan. "



Tarif yang dikenakan Trump, dan ancaman tambahan tarif, berjumlah AS$517 bilion -  melebihi AS$505 bilion dalam barangan China yang memasuki negara itu tahun lepas.



Presiden mengatakan tarif itu perlu bagi memaksa China berhenti mencuri teknologi Amerika dan memaksa syarikat-syarikat Amerika menyerahkan rahsia perdagangan mereka sebagai syarat mendapatkan akses ke pasaran China.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >