Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump arah henti biaya WHO

Apr 15, 2020 | 12:09 PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump semalam menyatakan, beliau telah mengarahkan pentadbirannya untuk menghentikan pembiayaan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).


Beliau mengatakan WHO telah "gagal dalam tugas dasarnya" sebagai tindak balas terhadap penularan wabak koronavirus.


Beliau menuduh badan itu salah mengatur dan tidak telus apabila kes penyebaran virus itu muncul di China, dan mengatakan ia mesti dipertanggungjawabkan.


Trump sebelum ini menuduh WHO bersikap berat sebelah terhadap China.


Presiden AS sendiri berdepan kritikan rakyatnya kerana caranya menangani wabak itu.


"Saya mengarahkan pentadbiran saya untuk menghentikan pembiayaan sementara tinjauan dilakukan untuk menilai peranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia dalam salah mengatur dan tidak telus dalam menangani penyebaran koronavirus," kata Encik Trump pada sidang media di Rumah Putih.

Menurut Encik Trump, WHO menghalang ketelusan berkenaan penularan Covid-19 dan Amerika Syarikat - selaku penderma terbesar yang memperuntukkan AS$400 juta (S$565 million) tahun lalu - akan "berbincang apa yang akan dilakukan dengan wang yang telah disalurkan kepada WHO." - Agensi

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >