Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump arah tentera Amerika serang bot pembedil Iran “jika ia ganggu kapal kita di laut”

Apr 23, 2020 | 01:52 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, kelmarin berkata beliau telah mengarahkan tentera Amerika untuk menyerang dan memusnahkan mana-mana kapal Iran yang mengganggu kapal tentera laut Amerika.



“Saya telah mengarahkan Angkatan Laut Amerika Syarikat untuk menembak dan memusnahkan sebarang dan semua bot pembedil Iran jika ia ganggu kapal kami di laut,” kata Encik Trump dalam satu catatan di Twitter beberapa jam selepas Tehran melancarkan satelit.



Arahan itu diberi seminggu selepas 11 bot laju bersenjata kecil Kor Pengawal Revolusi Iran mengelilingi kapal Angkatan Tentera dan Pengawal Pantai Amerika di perairan antarabangsa di kawasan utara Teluk Parsi.



Kejadian itu berlaku sedang kapal Amerika terlibat dalam latihan sebagai sebahagian daripada rondaan mereka di rantau itu.



Tiada tembakan dilepaskan, namun Pentagon berkata Iran telah terlibat dalam “tindakan yang berbahaya dan bersikap provokatif” yang menimbulkan risiko perlanggaran atau kejadian lebih teruk berlaku. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >