Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump bebas dari tuduhan hasut pemberontakan, tapi hasil berpihak pada Parti Demokrat

Feb 14, 2021 | 04:49 PM



WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu (13 Februari) membebaskan mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, daripada pertuduhan menghasut pemberontakan dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua yang beliau hadapi.



Keputusan itu sekali gus menamatkan usaha Parti Demokrat mempertanggungjawabkan Encik Trump atas kejadian rusuhan maut di Capitol Amerika Syarikat pada  6 Januari lalu.



Menyusuli perbicaraan pemecatan Encik Trump yang berlangsung agak cepat selama enam hari, sudah dapat diramalkan beliau bebas dari pertuduhan itu dalam sesi senat dengan majoriti anggota Parti Republikan.



Namun, proses dan hasilnya adalah kemenangan bersih bagi Parti Demokrat, lapor akhbar The Straits Times.



Perbicaraan tersebut berakhir dengan hasil pengundian 57-43, iaitu majoriti tidak mencukupi untuk mensabitkan Encik Trump.



Keputusan itu menyaksikan tujuh anggota Republikan turut menyertai kesemua 50 ahli Demokrat untuk menyokong Encik Trump disabitkan dengan kesalahan berkenaan.



Bagaimanapun, majoriti diperoleh tidak mencukupi berikutan undi dua pertiga daripada jumlah 100 anggota dewan atau 67 senator diperlukan bagi sabitan, yang akhirnya membawa kepada pembebasan Encik Trump.



Pengkritik berpendapat bahawa kegagalan  mensabitkan Encik Trump bagi perkara yang anggota utama Parti Republikan percayai beliau lakukan mendorong dan menghasut pemberontakan. Ini bererti beliau berjaya melepaskan diri.



Menyusuli pembebasan pertuduhannya, Encik Trump mengirim e-mel berbaur kemenangan.



“Gerakan kita yang bersejarah, patriotik dan indah untuk menjadikan Amerika hebat sekali lagi baru saja bermula.



“Pada bulan-bulan mendatang, saya ada banyak perkara untuk dikongsikan dengan anda, dan saya mahu meneruskan perjalanan luar biasa kita bersama-sama demi mencapai kehebatan Amerika bagi seluruh rakyat.



“Ada banyak kerja sedang menanti kita. Tidak lama lagi, kita akan muncul dengan visi masa depan Amerika yang cerah, bersinar dan tanpa batas,” katanya.



Namun, dari kaca televisyen, Parti Demokrat dapat memaparkan bukti nyata menerusi video tular mencerminkan  pengganasan yang dibawa penyokong Encik Trump.



Dapat dikesan keretakan dalam Parti Republikan apabila Senator Mitch McConnell melontar kata-kata kecaman pada Encik Trump.



Jika keretakan ini berlaku, ia merupakan berita baik buat Parti Demokrat.



Mengulas perkara dalam kenyataannya pada Sabtu (13 Februari), Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata, pembebasan pertuduhan Encik Trump merupakan babak sedih dan peringatan bahawa demokrasi itu rapuh dengan setiap warga Amerika mempunyai amanah mempertahankan kebenaran.



“Meskipun undian terakhir tidak membawa pada satu pengesahan hukuman, kandungan dakwaan ini tidak dipertikai.



“Mereka yang menentang hukuman ini termasuk Ketua Senat Minoriti, Mitch McConnell, percaya Donald Trump bersalah di atas mengabaikan amanahnya, sesuatu yang memalukan di samping wajar  dipertanggungjawabkan secara praktikal dan moral dalam membangkitkan kemarahan dan keganasan yang berlaku di Capitol,” ujar Encik Biden.



Beliau merujuk pada kejadian yang mengorbankan nyawa pegawai polis Capitol, Encik Brian Sicknick dan beberapa individu lain, yang berusaha mengawal keselamatan. - The Straits Times/Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >