Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Trump bentang dasar ketenteraan Amerika yang elak campur tangan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Trump bentang dasar ketenteraan Amerika yang elak campur tangan

Dec 07, 2016 | 12:35 PM

FAYETTEVILLE (North Carolina): Bakal presiden Donald Trump membentangkan pada Selasa (6 Dis) dasar ketenteraan Amerika Syarikat yang akan mengelakkan campur tangan dalam konflik asing dan sebaliknya memberi tumpuan sepenuhnya pada usaha menewaskan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Dalam hentian terkini semasa lawatan 'terima kasih' ke negeri-negeri kritikal kepada kemenangannya dalam pilihan raya 8 Nov lalu, Encik Trump memperkenalkan pilihannya bagi jawatan setiausaha pertahanan, Jeneral James Mattis, kepada orang ramai di bandar ini, yang berhampiran pangkalan tentera Fort Bragg, yang telah mengerahkan askar ke 90 negara di seluruh dunia.

"Kita akan berhenti berlumba untuk menjatuhkan rejim asing yang kita tidak tahu apa-apa, yang kita tidak perlu terlibat," kata beliau.

"Sebaliknya, tumpuan kita mesti terhadap mengalahkan pengganasan dan memusnahkan ISIS, dan kita akan memusnahkannya."

Retorik Encik Trump sama dengan apa yang beliau katakan semasa kempen pilihan raya apabila beliau kritik perang di Iraq.

Di Fayetteville, beliau berikrar akan membina semula tentera Amerika supaya menjadi kuat. Daripada melabur dalam peperangan, kata Encik Trump, beliau akan membelanjakan wang untuk membina jalan raya, jambatan dan lapangan terbang Amerika.

Walaupun begitu, Encik Trump berkata beliau mahu menambah perbelanjaan untuk tentera.

"Kita tidak mahu mempunyai pasukan tentera yang kekurangan kerana kita berada di mana-mana, bertempur di kawasan yang kita tidak harus berjuang. Ia tidak akan kekurangan lagi," katanya.

Encik Trump berkata mana-mana negara yang berkongsi matlamat itu akan dianggap sebagai rakan kongsi Amerika.

"Kita jangan lupa. Kita mahu mengukuhkan persahabatan lama dan mencari persahabatan baru," katanya.

Beliau berkata dasar "campur tangan dan huru-hara" mesti dihentikan.

"Kita akan membina tentera kita bukan sebagai tindakan pencerobohan, tetapi sebagai tindakan pencegahan," katanya. "Pendek kata, kita mencari keamanan melalui kekuatan." - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3