Topik diikuti
Pergi ke BHkuTrump, Biden pertingkat usaha pikat pengundi
Oct 26, 2020 | 5:30 AM
Trump, Biden pertingkat usaha pikat pengundi
AMERIKA SYARIKAT: Presiden Donald Trump dan pesaingnya dari Parti Demokrat, Joe Biden memberi kenyataan bercanggah kelmarin mengenai wabak koronavirus, dalam pusingan terakhir kempen ke Rumah Putih yang membawa mereka ke wilayah yang terjejas teruk oleh Covid-19 di negara tersebut.
Trump berucap kepada beberapa ribu penyokong di perhimpunan luar yang penuh sesak di North Carolina, salah satu kawasan pertempuran utama dalam pilihan raya presiden pada 3 November ini.