POTOMAC FALLS (Virgina): Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata negara itu bersedia bertindak bersendirian jika China tidak mengambil pendirian tegas terhadap program nuklear Korea Utara.
Encik Trump berkata demikian ketika ditemu bual oleh Financial Times sehari sebelum beliau menjadi tuan rumah kepada Presiden China, Encik Xi Jinping, di resort Mar-a-Lago di Florida Selatan.