CINCINNATI: Bakal Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, berkata bahawa beliau akan mencalonkan Jeneral James Mattis, yang dikenali sebagai "Mad Dog" dan terkenal lantang berucap dan berpengalaman dalam medan peperangan di Iraq dan Afghanistan sebagai ketua Pentagon.
"Kami akan melantik "Mad Dog" Mattis sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika," kata Encik Trump sewaktu perhimpunan di Cincinnati.