Trump dibawa ke hospital tentera sebagai langkah berjaga-jaga, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:08
Asar
4:33
Maghrib
7:12
Isyak
8:28

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Trump dibawa ke hospital tentera sebagai langkah berjaga-jaga

Oct 03, 2020 | 05:30 AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Donald Trump telah dibawa ke sebuah hospital tentera di luar Washington DC bagi beberapa hari sebagai langkah berjaga-jaga selepas dikesan menghidapi Covid-19, menurut Rumah Putih.
Doktornya, Sean Conley berkata Encik Trump nampak lesu tetapi tetap bersemangat.
Isterinya, Cik Melania, yang juga menghidapi Covid-19, terasa pening dan mempunyai batuk-batuk.
Encik Trump, mengumumkan kelmarin bahawa beliau dan isterinya diuji positif bagi virus Covid-19.

Perkara itu berlaku tidak lama selepas seorang pembantu terdekatnya, Cik Hope Hicks, jatuh sakit ekoran koronavirus itu.

Sebelum ini, Encik Trump menyatakan dalam satu wawancara Fox News kelmarin bahawa Cik Hicks positif Covid-19, dan menulis di Twitter bahawa beliau dan isterinya akan "memulakan proses kuarantin" sedang mereka menunggu keputusan ujian.

Doktornya Dr Sean P. Conley, berkata dalam satu kenyataan bahawa "Presiden dan Wanita Pertama kedua-duanya berada dalam keadaan baik pada masa ini, dan mereka merancang menetap di kediaman dalam kawasan Rumah Putih semasa pemulihan mereka".

"Saya jangka presiden akan terus menjalankan tugasnya tanpa gangguan sedang beliau menjalani pemulihan," kata kenyataan itu.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Hasil positif Covid-19 Encik Trump yang berusia 74 tahun akan meningkatkan perhatian ramai mengenai cara kurang berkesan beliau menangani pandemik itu, sedang beliau berkempen menentang calon Demokrat, Encik Joe Biden, yang mendahului tinjauan pengundi dalam pilihan raya presiden yang dijadual pada 3 November ini.

Belum jelas bagaimana Encik Trump dijangkiti virus itu, yang telah membunuh lebih 200,000 rakyat Amerika.

Namun Cik Hicks diuji positif selepas terbang bersama Encik Trump di pesawat Air Force One bagi acara perdebatan presiden di Cleveland Selasa lalu, dan satu kempen di Minnesota Rabu lalu.

"Kami menghabiskan banyak masa dengan Cik Hope dan yang lain. Oleh itu, kita akan melihat apa yang berlaku," kata Encik Trump semasa wawancara bersama berita FoxNews itu.

Beberapa anggota lain dalam kalangan kumpulan rapat Encik Trump telah diuji positif virus itu pada awal tahun ini - termasuk Penasihat Keselamatan Negara Robert O'Brien.

Kumpulan pembantunya khuatir mengenai masalah kurang tidur Encik Trump semasa kempennya yang boleh meningkatkan risiko beliau dijangkiti Covid-19.

Faktor umurnya juga meletakkan beliau dalam risiko lebih besar mendapat penyakit serius daripada Covid-19.

Sebelum ini, Encik Trump telah berusaha meremehkan kesan bahaya virus itu di tengah-tengah tinjauan yang menunjukkan sebilangan besar rakyat Amerika tidak setuju dengan cara beliau menangani wabak itu, yang dakwa beliau "akan pupus" dengan sendirinya.

Beliau juga telah menggesa negeri-negeri di Amerika supaya membuka semula ekonomi walaupun berlaku kenaikan bilangan kes Covid-19.

Encik Trump, yang awalnya meremehkan kepentingan memakai pelitup dan hanya kemudian menggalakkannya, jarang memakai pelitup di khalayak ramai dan juga tidak mengikut nasihat pihak keselamatan kesihatan supaya mengamalkan jarak selamat daripada orang lain.

Rumah Putih sebelum ini telah mengatakan mereka yang diizinkan berada dekat dengan Encik Trump diuji bagi virus tersebut.

Amerika mencatat 7.5 juta kes jangkitan dan 212,660 kematian.

Di peringkat sejagat, lebih 34.5 juta kes jangkitan dilaporkan dengan 1.02 juta kematian. - Agensi berita.


Laporan lanjut : Trump positif Covid-19 undang reaksi dunia, jejas pasaran Amerika

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map