Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Trump dijangka sertai APEC esok

Nov 19, 2020 | 9:44 PM
PENGESAHAN TRUMP HADIR: Amerika Syarikat mengesahkan penyertaan Presiden Donald Trump dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang akan berlangsung secara maya pada Jumaat (20 Nov).- Foto AFP
PENGESAHAN TRUMP HADIR: Amerika Syarikat mengesahkan penyertaan Presiden Donald Trump dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang akan berlangsung secara maya pada Jumaat (20 Nov).- Foto AFP -

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat mengesahkan penyertaan Presiden Donald Trump dalam Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang akan berlangsung secara maya pada Jumaat (20 Nov).

Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) APEC 2020, Encik Hairil Yahri Yaacob, berkata pengesahan itu dibuat secara lisan oleh pegawai kanan AS, Sandra Oudkirk.

"Oudkirk memaklumkan bahawa AS akan diwakili oleh Trump," kata Encik Hairil pada sesi taklimat pengarang kanan media bersempena AELM, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Difahamkan, masih belum ada pengesahan secara rasmi atau bertulis dibuat oleh Amerika sama ada Trump sah mewakili negara itu dalam AELM.

Ini adalah penyertaan pertama Trump dalam APEC sejak 2017.

Beliau yang tewas dalam Pilihan Raya Presiden Amerika kepada Encik Joe Biden baru-baru ini, bakal menyertai AELM yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg