Trump dikecam batal lawatan ke pusara Perang Dunia Pertama, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:33
Maghrib
7:16
Isyak
8:28
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Trump dikecam batal lawatan ke pusara Perang Dunia Pertama

Nov 12, 2018 | 03:22 PM

PARIS: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam dikecam selepas membatalkan lawatan ke perkuburan tentera AS ketika Perang Dunia Pertama, di Perancis kerana hujan.

Trump dan isterinya, Melania yang berada di Perancis bersempena ulang tahun ke-100 berakhirnya peperangan, sepatutnya menaiki helikopter ke kawasan perkuburan Belleau Wood, yang pernah menjadi medan pertempuran antara tentera Marin AS dengan pasukan Jerman pada 1918.

“Lawatan Presiden dan Wanita Pertama ke kawasan Perkuburan dan Memorial Amerika Ainse-Marne dibatalkan kerana masalah penjadualan dan logistik yang disebabkan oleh cuaca,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, Trump hanya diwakili Ketua Kakitangan, John Kelly dan Pengerusi Ketua Kakitangan Bersama, Jeneral Joe Dunford, ke memorial yang terletak kira-kira 80 kilometer di timur laut Paris itu.

Pengkritik melihat ketiadaan Trump di Belleau Wood sebagai tanda tidak menghormati tentera AS yang berjuang bermati-matian di perbatasan.

Halal Home-based Businesses
We want to help Halal Home-based Business owners during these tough times. See the link below.
Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

“Tidak seperti Trump, hujan tidak pernah menghalang bekas Presiden Obama daripada menghormati pahlawan-pahlawan perang yang gugur pada Hari Veteran,” kata bekas pegawai Pentagon, Adam Blickstein di akaun Twitter.

Lebih daripada 7,000 terbunuh atau cedera dalam pertempuran pada Jun 1918 di Bellau Wood dan kini menjadi persemadian lebih 2,288 korban perang. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map