Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump: Dunia tidak ketawakan saya

Sep 27, 2018 | 05:05 PM



NEW YORK: Presiden Donald Trump menafikan beliau menjadi bahan ketawa di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) apabila bercerita mengenai kejayaan negaranya dalam ucapan kepada diplomat dunia.



Sebaliknya berkata, mereka cuma berkongsi ‘saat gembira’.



“Kami bergembira. Mereka tidak ketawakan saya, mereka ketawa bersama-sama saya.



“Mereka seronok dengan saya,” katanya kepada wartawan di New York semalam.



Kejadian berlaku ketika ucapan Trump di Perhimpunan Agung PBB (UNGA).



Diplomat dari seluruh dunia mula ketawa apabila Trump berkata: “Dalam masa tidak sampai dua tahun, pentadbiran saya mencapai kejayaan lebih daripada hampir semua pentadbiran lain dalam sejarah negara kami.”



Trump kemudian menyampuk ucapan yang disediakan itu dan menegaskan, ‘Ia benar’, dan ketawa semakin kuat.



Trump tersenyum dan berkata, ‘Saya tidak menjangkakan reaksi ini, tetapi ok.” — AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >