SERANGAN DI ORLANDO
Trump gesa Obama letak jawatan, Clinton undur dari saingan
Jun 14, 2016 | 05:30 AM
WASHINGTON: Calon Republikan, Encik Donald Trump mendakwa kejadian tembakan terbaru di Orlando dilakukan militan Islam dan menuntut Presiden Barack Obama meletak jawatan serta calon Demokrat, Cik Hillary Clinton, keluar daripada persaingan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.
Awal semalam, Encik Trump menerusi Twitternya, berkata serangan ke atas pesta gay di sebuah kelab malam di Orlando itu membuktikan beliau adalah betul mengenai amarannya berhubung pengganas radikal Islam.