Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump gesa tindakan 'tegas' ke atas Taleban selepas pengeboman Kabul

Jan 28, 2018 | 01:05 PM



WASHINGTON (AFP) - Presiden Donald Trump menyeru tindakan tegas diambil terhadap Taleban selepas serangan bom membunuh sekurang-kurangnya 95 orang dalam salah satu letupan terbesar di Kabul sejak beberapa tahun.



"Saya mengutuk serangan pengeboman kereta di Kabul hari ini yang telah menyebabkan  banyak orang awam yang tidak bersalah terbunuh dan beratus-ratus cedera. Serangan pembunuhan ini memperbaharui tekad kita dan rakan kongsi Afghanistan kita," kata Trump dalam satu kenyataan pada Sabtu (27 Jan).



"Kini, semua negara harus mengambil tindakan tegas terhadap Taleban dan prasarana  pengganas yang menyokong mereka."



Afghanistan terjerumus ke dalam kancah perang sejak pencerobohan Amerika Syarikat pada 2001 - permulaan 'perang' Washington terhadap pengganasan.



"Kekejaman Taleban tidak akan kekal," tambah Trump.



"Amerika Syarikat komited menyelamatkan Afghanistan bebas daripada pengganas yang menyasarkan orang Amerika, sekutu kita dan siapa saja yang tidak berkongsi ideologi jahat mereka."



Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson mengutuk serangan "tidak masuk akal" itu dan menegaskan bahawa "tidak ada tolak ansur bagi mereka yang menyokong atau menawarkan perlindungan kepada kumpulan pengganas."



Sebuah ambulans yang sarat bahan letupan digunakan dalam pengeboman di kawasan sesak ibu kota Afghanistan.



Mangsa yang ketakutan melarikan diri dari kawasan yang bertaburan dengan bahagian tubuh yang terputus, darah dan puing, dan hospitalnya dibanjiri sejumlah besar mangsa yang cedera, sekurang-kurangnya 158 orang.



Letupan berlaku di kawasan yang menempatkan beberapa pejabat milik pertubuhan berprofil tinggi, termasuk Kesatuan Eropah (EU).



Anggota delegasi EU di Kabul berada di dalam "bilik selamat" mereka dan tidak ada korban, kata seorang pegawai kepada AFP.



Kesan letupan menggegarkan tingkap bangunan sejauh dua kilometer dan beberapa struktur tingkat rendah di kawasan terdekat runtuh.



Pengebom nekad itu melepasi sekurang-kurangnya satu pusat pemeriksaan, dengan mengatakan dia sedang mengambil pesakit ke hospital Jamuriate, seorang jurucakap Kementerian Dalam Negeri memberitahu AFP.



"Di tempat pemeriksaan kedua, dia dikesan dan meletupkan kereta yang sarat dengan bahan letupan," kata Nasrat Rahimi.



Rahimi memberitahu sidang akhbar bahawa kebanyakan mangsa adalah orang awam.



Kira-kira 20 minit sebelum letupan itu, seorang wartawan AFP melihat polis memeriksa ambulans beberapa ratus meter dari tempat letupan, ketika pemandu dan pesakit berdiri di jalanan.



Ambulans jarang diperiksa di bandar.



"Perbuatan Taleban menggunakan ambulans sebagai senjata menyasarkan orang awam memaparkan sikap tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Afghanistan dan semua yang berusaha membawa keamanan ke negara ini," kata Tillerson sambil menambah serangan itu melanggar "norma antarabangsa paling asas."



"Semua negara yang menyokong keamanan di Afghanistan mempunyai kewajipan  mengambil tindakan tegas untuk menghentikan kempen keganasan Taleban."



Walaupun Tillerson tidak menamakan negara tertentu, Washington berulang kali menuduh Pakistan mengabaikan usaha menghapuskan kumpulan militan seperti Taleban atau sekutu Haqqani mereka.



Trump mengkritik Pakistan pada awal Januari, mengutuk "pembohongan" dan "penipuan" Islamabad dalam memerangi pengganasan - dengan AS menangguhkan bantuan keselamatan ratusan juta dolar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >