Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump jauh di depan dalam saingan jadi calon presiden Republikan

Dec 24, 2015 | 02:46 PM



WASHINGTON: Jutawan Donald Trump meninggalkan lawannya jauh di belakang dalam persaingan menjadi wakil parti Republikan bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat.


Tokoh provokatif itu mengetuai calon parti tersebut sedang kempen bergerak ke Iowa selepas Tahun Baru dan menjelang undian pertama proses pencalonan pada 1 Februari.


Omong besar kempen Encik Trump - termasuk komen luar biasa, antaranya serangan kesat ke atas calon utama parti Demokratik, Cik Hillary Clinton - nampaknya tidak banyak menjejas beliau sedang beliau mengukuhkan kedudukannya di depan sejak akhir Julai.


Satu tinjauan baru yang dikeluarkan pada Rabu (23 Dis) menunjukkan sokongan bagi Encik Trump seganda lebih banyak daripada bagi pesaing terdekatnya.


Tinjauan kebangsaan CNN/ORC ke atas pengundi penyokong Republikan dan berhaluan Republikan itu menunjukkan Encik Trump di depan dengan 39 peratus sokongan - berbanding 18 peratus bagi Senator Ted Cruz.


Sokongan bagi Senator Marco Rubio dan pakar bedah otak bersara Ben Carson berkurangan sedikit kepada 10 peratus, manakala Gabenor New Jersey, Encik Chris Christie, di tempat kelima dengan 5 peratus.


Tiada seorang pun daripada lapan calon lain Republikan mendapat lebih daripada 4 peratus.


Kedudukan terkini dalam tinjauan RealClearPolitics.com pula meletakkan Encik Trump di depan dengan 35.1 peratus sokongan, sementara Encik Cruz di tempat kedua dengan 18.1 peratus.


Kontroversi terkini Encik Trump melibatkan gesaannya pada 7 Disember agar orang Islam dilarang masuk Amerika dan serangan kesat lisanya terhadap Cik Clinton pada Isnin (21 Dis).


"Trump benar-benar mengerikan," kata pengulas konservatif William Kristol pada Rabu di CNN.


Namun, trend negara itu terus condong pada Encik Trump, membuat pesaingnya kebingungan, termasuk Encik Jeb Bush, bekas gabenor Florida, yang mengecam beliau sebagai "bodoh keparat" hujung minggu lalu.


Pada Rabu, Encik Bush memberitahu Fox News bahasa bermusuhan Encik Trump "akan membuat lebih sukar bagi calon parti ini, sesiapa sahaja orangnya, menang. Kami mahu menang pilihan raya."


Bagaimanapun, pengundi Republikan bersetuju dengan Encik Mr Trump dalam beberapa isu utama.


Empat daripada lima pengundi Demokrat menentang larangan ke atas orang Islam yang dicadangkan beliau, menurut satu tinjauan Quinnipiac dikeluarkan pada Rabu, tetapi 41 peratus pengundi Republikan menyokongnya.


Sebanyak 74 peratus pengundi daripada Demokrat berkata mereka akan menerima pelarian Syria di Amerika, manakala 82 peratus daripada Republikan tidak akan menerima. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >