Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

DAKWAAN SALAH LAKU PRESIDEN DONALD TRUMP

Trump kecam keganasan politik

Luah pendirian menerusi kenyataan video
Jan 15, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, mengeluarkan kecaman paling kerasnya terhadap keganasan politik dalam satu kenyataan video, selepas beliau dikenakan pendakwaan salah laku oleh Dewan Perwakilan Amerika negara itu kelmarin.



Beliau turut menyeru perpaduan dan menggesa penyokongnya supaya mengamalkan perdamaian.



Mesej itu diberikan sedang bantahan ganas dijangkakan di seluruh Amerika sepanjang minggu ini, lapor laman The Straits Times (ST).



"Saya mahu jelaskan. Saya dengan tegas mengutuk keganasan yang kita lihat minggu lalu.



"Keganasan dan perbuatan laku musnah sama sekali tidak ada tempat di negara kita dan tidak ada tempat dalam gerakan kita," kata beliau dalam satu video di YouTube.



Kenyataannya selama lima minit itu dikeluarkan dua jam selepas beliau dikenakan pendakwaan salah laku oleh Dewan itu, yang selain mendapat undi sokongan anggota Demokrat, turut mendapat sokongan beberapa anggota Republikan, atas salah laku menghasut pemberontakan di Capitol minggu lalu.



Serangan oleh sekumpulan penyokong Encik Trump telah menyebabkan lima orang mati, termasuk seorang pegawai polis.



Komen Encik Trump kali ini amat berbeza daripada kenyataannya semasa dan sesudah serangan ke atas Capitol itu, dengan sebilangan Republikan mengkritiknya semasa persidangan pendakwaan itu.



Semasa kekacauan itu, Encik Trump menyifatkan penyokongnya sebagai "amat istimewa" walaupun beliau menyuruh mereka "pulang", sambil mendakwa bahawa pilihan raya presiden telah dicuri daripadanya.



Ciapan awal di Twitternya sebelum itu tidak menyuruh mereka meninggalkan bangunan Capitol.



Kelmarin, Encik Trump berkata: "Keganasan besar-besaran bertentangan dengan semua yang saya percaya dan semua gerakan kita.



"Penyokong sejati saya tidak akan menyokong keganasan politik."



Beliau menambah, penyokong sejatinya juga akan menghormati pegawai penguatkuasa undang-undang, dan tidak mengganggu atau mengancam sesama rakyat Amerika.



"Jika anda melakukan perkara-perkara ini, anda tidak menyokong gerakan kita, anda menyerangnya, dan anda menyerang negara kita.



"Kita tidak boleh bertoleransi," ujarnya, lapor ST.



Beliau mengatakan keganasan politik telah meningkat di luar kawalan selama setahun lalu dan menggesa perbuatan itu dihentikan.



"Sama ada anda sayap kanan atau kiri, Demokrat atau Republikan, tidak pernah ada alasan untuk melakukan keganasan.



"Tidak ada alasan, tidak ada pengecualian. Amerika adalah negara undang-undang," katanya.



Mereka yang melakukan serangan minggu lalu wajar dihadapkan ke pengadilan, tambahnya.



Negara itu sedang bersiap menghadapi lebih banyak keganasan di ibu kota negeri-negeri serata Amerika dan Washington DC menjelang perasmian Encik Joe Biden pada 20 Januari sebagai presiden.



Ini termasuk jangkaan bantahan oleh penyokong Encik Trump yang kecewa dan marah dengan kekalahan beliau di pilihan raya presiden November lalu.



Encik Trump berkata beliau telah diberi taklimat mengenai kemungkinan adanya ancaman, dan telah mengarahkan agensi persekutuan supaya menggunakan semua sumber yang diperlukan untuk menjaga keamanan.



"Setiap warga Amerika layak suara mereka didengar dengan cara yang hormat dan damai... tetapi saya mahu menekankan bahawa ini tidak boleh dilakukan secara kekerasan, tidak melanggar undang-undang, dan tidak ada laku musnah apapun," katanya.



"Hari ini saya menyeru semua warga Amerika supaya mengatasi perasaan mereka ketika ini.



"Marilah kita memilih untuk bergerak maju bersatu, demi kebaikan keluarga, masyarakat dan negara kita."




"Saya mahu jelaskan. Saya dengan tegas mengutuk keganasan yang kita lihat minggu lalu.

Keganasan dan perbuatan laku musnah sama sekali tidak ada tempat di negara kita dan tidak ada tempat dalam gerakan kita...

Setiap warga Amerika layak suara mereka didengar dengan cara yang hormat dan damai... tetapi saya mahu menekankan bahawa ini tidak boleh dilakukan secara kekerasan..."

- Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dalam satu video di YouTube.




PENYINGKIRAN DAN IMPLIKASINYA



PENDAKWAAN (salah laku) merupakan proses perlembagaan dituju kepada kesalahan serius yang menentang sistem pemerintahan.



Ia langkah pertama dalam proses 'pemulihan' - yang boleh menyebabkan pelucutan jawatan (presiden) dan kemungkinan hilang kelayakan untuk memegang jawatan pejabat seterusnya.



Tujuan pendakwaan bukan hukuman peribadi; sebaliknya, fungsinya untuk kekalkan pemerintahan berperlembagaan.



PROSES SELANJUTNYA



Selepas pendakwaan salah laku Encik Trump diluluskan dengan undi majoriti di Dewan Perwakilan Rakyat, langkah selanjutnya adalah membawa kes pendakwaan ke Dewan Senat.



Di dewan itu, akan diadakan satu 'perbicaraan' yang akan memutuskan kesalahan Encik Trump, melalui undian anggota Senat (senator).



Majoriti dua pertiga diperlukan untuk meluluskan pendakwaan dan menyabitkan kesalahan Encik Trump.



Jika kesemua 100 senator hadir untuk mengundi, sekurang-kurangnya 17 anggota Republikan perlu bergabung dengan anggota Demokrat (menjadikan jumlah 67 anggota Senat) untuk menyabitkan kesalahan Encik Trump.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >