Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump kembali luah impian sertai pilihan raya 2024

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



ORLANDO: Mantan presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump kembali Ahad lalu sambil mengatakan bahawa beliau mungkin akan mencalonkan diri sekali lagi sebagai presiden pada 2024, dalam usaha untuk mengekalkan kuasanya ke atas Parti Republikan yang tidak lagi berkuasa.



Bekas presiden berusia 74 tahun itu berucap pada Persidangan Tindakan Politik Konservatif di bandar Orlando di dalam satu ucapan dasar yang sangat dinantikan.



Namun, ketika memberi bayangan mengenai rancangan masa depannya, beliau membuat orang ramai tertanya jika beliau akan mencabar Presiden Joe Biden dalam pertandingan semula.



"Sebenarnya anda tahu mereka telah kehilangan Rumah Putih," kata Encik Trump mengenai Parti Demokrat, sekali lagi menyatakan bahawa beliau dinafikan pentadbiran penggal kedua disebabkan penipuan pilihan raya.



"Tapi siapa yang tahu - siapa yang tahu?" katanya.



"Saya mungkin akan membuat keputusan untuk mengalahkan mereka untuk kali ketiga, OK?"



Diharamkan dari Twitter dan media sosial lain, Encik Trump kini mengekalkan profil rendah di resort Mar-a-Lago di Florida sejak meninggalkan Rumah Putih pada 20 Januari lalu.



Pada acara itu, beliau berada di atas pentas untuk meraikan tepukan gemuruh yang diberikan oleh penyokong setianya, kebanyakan daripada mereka tidak mengenakan pelitup muka di sebalik pandemik koronavirus.



"Perjalanan luar biasa yang kita mulakan bersama… belum lagi berakhir...



"Dan pada akhirnya, kita akan menang," kata Encik Trump mengenai gerakan populisnya.



Encik Trump turut membidas khabar angin yang mengatakan beliau akan mendapatkan sokongan untuk menubuhkan sebuah parti politik baru.



"Saya tidak akan membentuk parti baru..."



"Kita masih mempunyai Parti Republikan. Ia akan bersatu dan menjadi lebih kuat dari sebelum ini," kata Encik Trump.



Seperti yang dijangkakan, Encik Trump juga mengkritik Encik Biden, dengan mengatakan bahawa Parti Demokrat baru sahaja menamatkan "bulan pertama yang paling buruk" oleh mana-mana presiden moden.



Pada masa yang sama, beliau juga berkata bahawa Amerika merupakan negara yang berpecah-belah.



"Keselamatan, kesejahteraan dan identiti kami sebagai rakyat Amerika di dalam bahaya," kata beliau dalam ucapannya yang turut menyerang pendatang, dan mengkritik dasar Encik Biden terhadap perubahan iklim, kuasa tenaga dan kejujuran pilihan raya.



Parti Republikan telah dinodai dengan pembohongan berterusan Encik Trump mengenai kekalahan pilihan rayanya, pendakwaan keatasnya mengenai penghasutan yang mencetuskan rusuhan di bangunan Capitol pada 6 Januari lalu, dan juga kesan yang disebabkan oleh tindakannya di antara institusi Parti Republikan dan penyokong Trump yang bersifat populis. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >