Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump lantik Lt Jen McMaster sebagai Penasihat Keselamatan Negara

Feb 21, 2017 | 09:16 AM



WEST PALM BEACH / WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump pada Isnin (20 Feb) telah menamakan Leftenan Jeneral Herbert Raymond McMaster sebagai penasihat keselamatan negara barunya - seorang pegawai tentera yang dikenali bercakap terus terang dan mencabar pegawai atasannya.



McMaster disifatkan sebagai pakar taktik ketenteraan yang sangat dihormati dan pemikir strategik, tetapi pemilihannya mengejutkan beberapa pemerhati yang tertanya-tanya bagaimana pegawai itu, yang kerjaya terhenti kerana mempersoalkan pihak atasannya, akan berurusan dengan Rumah Putih yang tidak mengalu-alukan kritikan.



"Dia sangat dihormati oleh semua orang dalam tentera dan kami sangat berbesar hati dengan kehadiran beliau," kata Trump kepada pemberita di West Palm Beach pada hujung minggu.



"Dia seorang lelaki yang mempunyai bakat luar biasa dan luas pengalaman."



Satu perkara yang Trump dan McMaster mungkin tidak sehaluan tidak lama lagi ialah tentang Russia.



McMaster berkongsi pandangan di kalangan institusi keselamatan negara Amerika bahawa Russia adalah satu ancaman dan antagonis Amerika, manakala lelaki yang McMaster gantikan, Leftenan Jeneral pesara Michael Flynn, kelihatan melihatnya lebih sebagai rakan geopolitik yang berpotensi.



Flynn dipecat sebagai penasihat keselamatan negara pada 13 Feb selepas laporan timbul dia memberi nasihat salah kepada Naib Presiden Mike Pence mengenai percakapan dengan Duta Russia mengenai sekatan Amerika sebelum perasmian Trump sebagai Presiden.



Penyingkiran itu, berlaku awal dalam pentadbiran Trump, merupakan antara cabaran yang melanda Rumah Putih, termasuk larangan kontroversi ke atas pengunjung dari tujuh negara Islam.



Senator John McCain, Pengerusi Jawatankuasa Angkatan Bersenjata Senat dan pengkritik kerap Trump, memuji McMaster sebagai pilihan cemelang dan memuji keputusan itu.



Trump juga menamakan Keith Kellogg, seorang jeneral tentera Amerika bersara yang telah berkhidmat sebagai penasihat keselamatan negara, sebagai ketua kakitangan kepada Majlis Keselamatan Negara. -Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >