MANHATTAN: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, menggesa pendakwa raya supaya mengenakan hukuman mati terhadap Sayfullo Saipov, yang merempuh berpuluh orang awam dengan sebuah trak di Manhattan, New York City, Rabu lalu.
"Pengganas NYC dengan gembira meminta untuk menggantung bendera IS di bilik hospital. Dia bunuh 8 orang, 12 cedera parah. Patut dapat hukuman mati!" kata Presiden Trump di Twitter.