Trump mahu tingkat hubungan dengan Vietnam

HANOI: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, telah menulis kepada Presiden Vietnam, Encik Tran Dai Quang, agar meningkatkan kerjasama antara kededua negara, laman pemerintah memetik Encik Quang sebagai berkata.

Vietnam dan Amerika telah mempertingkatkan ikatan di tahap yang baru di bawah pentadbiran mantan presiden Amerika, Encik Barack Obama, di tengah-tengah ketegangan dengan China mengenai isu Laut China Selatan, sementara Encik Trump juga telah melahirkan harapan agar hubungan mereka dikukuhkan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan