Subuh
5:43
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Dunia

Trump marah penumpang yang dijangkiti virus daripada kapal persiaran dibawa pulang ke Amerika

Feb 23, 2020 | 03:24 PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump marah apabila 14 warga Amerika Syarikat yang disahkan dijangkiti koronavirus dibenarkan pulang ke negara itu minggu ini, menurut dua pegawai pentadbiran kanan.

Tambahnya, keputusan itu mengejutkan Encik Trump.

Pegawai di Jabatan Negara memutuskan untuk membawa pulang warga Amerika itu, yang dikuarantin dalam kapal persiaran Diamond Princess di Jepun, selepas merujuk dengan pegawai kanan di Jabatan Kesihatan dan Khidmat Manusia.

Namun, pegawai di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit tidak bersetuju kerana bimbang penumpang itu akan menyebabkan virus itu merebak.

Mereka tiba di Amerika pada 17 Februari.

Encik Trump yang marah kerana tidak diberitahu tentang perkara ini awal meluahkan perasaannya kepada Setiausaha Kesihatan dan Khidmat Manusia, Encik Alex Azar, dan beberapa pegawai kanan lain.

Salah seorang daripada mereka berkata Encik Trump memandang penting langkah melarang individu yang dijangkiti virus itu daripada memasuki Amerika untuk memastikan keselamatan negara itu. – Agensi berita

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian