Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump: AS mungkin hadapi konflik lebih besar dengan Korea U

Apr 28, 2017 | 03:15 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, tidak menolak kemungkinan berlaku konflik lebih besar antara negaranya dengan Korea Utara, jika isu program nuklear dan senjata Pyongyang menemui jalan buntu.



Namun, beliau lebih suka jika pertikaian itu diatasi menerusi kaedah diplomasi.



"Memang ada kemungkinan kita menghadapi konflik lebih besar dengan Korea Utara,” kata beliau kepada Reuters dalam temu bual di Pejabat Oval menjelang 100 hari pentadbirannya esok.



Presiden Trump berkata beliau mahu menghuraikan krisis yang sudah menghantui beberapa presiden Amerika itu secara aman, tetapi mengakui ia tindakan yang sukar.



Beliau berkata pentadbirannya sudah menyediakan beberapa pilihan sekatan ekonomi untuk dilaksanakan, tanpa mengetepikan kemungkinan mengambil tindakan ketenteraan terhadap negara itu.



Encik Trump juga ditanya sekiranya beliau menganggap pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong-Un, sebagai rasional.



Menurutnya, beliau beroperasi dengan andaian pemimpin Korea Utara itu rasional.



Beliau berkata Encik Kim Jong-Un memimpin Korea  Utara pada usia yang agak muda.



“Beliau berumur 27 tahun. Bapanya meninggal dunia dan beliau ambil alih pentadbiran. Lantas, anda boleh katakan apa yang anda mahu tetapi bukan mudah mengambil alih, terutama pada usia itu.



“Saya tidak mahu memberi beliau kredit atau sebaliknya, saya hanya ingin tegaskan itu sesuatu yang sukar dilakukan. Sama ada beliau rasional, saya tidak mempunyai sebarang pendapat mengenainya. Saya berharap beliau rasional,” kata Presiden Trump lagi.  – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >