Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Trump mungkin masuk mahkamah dulu sebelum masuk Rumah Putih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Trump mungkin masuk mahkamah dulu sebelum masuk Rumah Putih

Nov 10, 2016 | 10:18 AM

DALAM masa beberapa minggu selepas memenangi Rumah Putih, bakal presiden Donald Trump mungkin menghadapi barisan juri federal di California, dek tuntutan mahkamah oleh sekumpulan bekas pelajar Universiti Trump, institut miliknya yang tidak berfungsi lagi.

Mereka mendakwa ditipu oleh universiti itu berkaitan beberapa seminar hartanah.

Sesi di mahkamah persekutuan di San Diego dijadualkan pada Khamis (10 Nov), dan perbicaraan dijadualkan bermula pada 28 Nov, kecuali ada penangguhan atau Encik Trump memutuskan menyelesaikan kes itu.

Walaupun presiden menikmati kekebalan daripada tindakan undang-undang yang timbul daripada tugas rasmi mereka, Mahkamah Agung Amerika Syarikat telah memutuskan perisai ini tidak meliputi perbuatan yang didakwa berlaku sebelum beliau bertugas.

Keputusan itu dibuat pada 1997 dalam tuntutan gangguan seksual yang difailkan oleh Cik Paula Jones terhadap bakal presiden ketika itu, Encik Bill Clinton, yang diselesaikannya sebelum memulakan tugas.

Mahkamah Agung juga memutuskan kes tidak boleh ditangguhkan hanya kerana defendan seorang presiden, walaupun hakim bebas untuk memberi penangguhan munasabah kepada sembarang pihak.

Para peguam berkata mereka tidak fikir ada keadaan yang sama seperti yang sedang dihadapi Encik Trump.

Peguam bagi kedua-dua pihak, Encik Trump dan plaintif, enggan mengulas mengenai perkara itu pada Rabu (9 Nov).

Tuntutan terhadap Encik Trump melibatkan beberapa seminar pada 2010, dengan dua tindakan berkumpulan difailkan di mahkamah persekutuan di San Diego dan satu oleh Peguam Negara New York, Encik Eric Schneiderman, bagi pihak pelajar yang mendakwa mereka diperdaya agar membayar AS$35,000 ($48,970) untuk belajar tentang "rahsia" pelaburan hartanah, yang tidak bernilai, daripada instruktor yang dipilih oleh Encik Trump.

Bakal presiden itu telah mengaku beliau tidak memilih para instruktor tersebut, tetapi berhujah ia bahasa pemasaran yang tidak harus dianggap sebagai betul. - Reuters

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3