WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata Amerika Syarikat sebenarnya bukan berperang dagang dengan China.
"Kami tidak terlibat dalam peperangan perdagangan dengan China, perang telah menyebabkan banyak kehilangan kerana kejahilan atau ketidakcekapan orang yang mewakili Amerika sebelum ini," kata Encik Trump dalam akaun Twitternya.