Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump pecat pengarah kempen nasionalnya: Sumber

May 26, 2016 | 11:36 AM



NEW YORK: Calon presiden Amerika Syarikat parti Republikan, Encik Donald Trump, telah memecat pengarah politik nasionalnya, enam minggu selepas dilantik, kata sumber-sumber kempen pada Rabu (25 Mei).



Encik Trump memberitahu kakitangan dan penyokong yang berkumpul di belakang pentas sebelum satu perhimpunan kempen di California pada Rabu bahawa pengarah politik Rick Wiley "harus dipecat" kerana cara beliau mengendalikan perjanjian pengumpulan dana dengan Jawatankuasa Nasional Republikan (RNC), menurut sumber-sumber.



Perjanjian pengumpulan dana RNC itu melibat 11 negeri tetapi tidak termasuk Nevada, negeri utama yang Republikan mahu menangi dalam pilihan raya November.



Tiga sumber mengesahkan Encik Trump berkata Encik Wiley perlu dipecat selepas pengerusi Parti Republikan Nevada, Encik Michael McDonald, memberitahu wartawan Encik Wiley bertanggungjawab mengetepikan Nevada daripada perjanjian itu.



Langkah itu adalah yang terbaru dalam persaingan antara pasukan kempen asal Encik Trump, termasuk setiausaha akhbar Hope Hicks dan pengurus kempen Corey Lewandowski, dan kumpulan profesional yang beliau bawa masuk kemudian bagi menambahkan sokongan daripada kawasan tradisional parti Republikan.



Pendatang baru itu, yang diketuai ahli strategi veteran Paul Manafort, yang digajikan Encik Trump akhir Mac, menggesa beliau mengurangkan sebahagian daripada pendiriannya yang paling provokatif, seperti saranan melarang orang Islam memasuki Amerika.



Bagaimanapun, Encik Trump menegur Encik Manafort, menurut dua sumber yang tahu mengenai perbualan mereka, selepas Encik Manafort memberitahu ahli RNC dalam satu mesyuarat pada April di Florida bahawa Encik Trump hanya "berlakon" semasa menerangkan tentang larangan itu dan rancangan Encik Trump hendak membina tembok di sepanjang sempadan Ameriak dan Mexico.



Encik Manafort menggajikan Encik Wiley pada 13 April.



Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kempen Encik Trump berkata Encik Wiley digajikan "bagi tempoh pendek sebagai perunding hingga kempen itu berjalan rancak" dan ia mengucapkan terima kasih kepadanya "kerana membantu kami dalam tempoh peralihan ini". - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >