Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump pilih Reince Priebus sebagai ketua kakitangan Rumah Putih

Nov 14, 2016 | 11:45 AM



WASHINGTON: Bakal Presiden Donald Trump memilih pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Republikan (RNC), Encik Reince Priebus, sebagai ketua kakitangan Rumah Putih, sebuah jawatan berpengaruh, pentadbiran beliau.



Pemilihan Encik Priebus, sekutu kempen setia Encik Trump yang mempunyai hubungan rapat dengan Speaker Dewan Rakyat Paul Ryan, memberi isyarat kesediaan bakal presiden itu bekerjasama dengan Encik Ryan dan Kongres yang dikawal Republikan agar agenda beliau diluluskan.



Ketua kakitangan berfungsi sebagai pengawal dan penetap agenda bagi presiden.



Seorang lagi orang yang menjadi pilihan awal bagi jawatan itu, Encik Stephen Bannon, pengerusi kempen Encik Trump, dilantik sebagai ketua strategi dan penasihat kanan beliau.



"Saya teruja pasukan saya yang paling berjaya terus berada bersama sama memimpin negara kita," kata Encik Trump dalam satu kenyataan.



Namun, pemilihan Encik Priebus mungkin menimbulkan kemarahan beberapa penyokong Encik Trump kerana beliau orang dalam dalam dunia politik Washington yang eksklusif, sedangkan bakal presiden itu berjanji semasa berkempen beliau akan mengeluarkan orang dalam.



Encik Trump, yang akan menggantikan Presiden Demokrat Barack Obama pada 20 Jan, sedang menimbang calon bagi jawatan tertinggi di Rumah Putih dan pelbagai jawatan Kabinet sejak memenangi pilihan raya Selasa lalu, mengalahkan calon Demokrat, Cik Hillary Clinton. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >