Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump salah sebut nama India, perkataan Hindi dalam ucapan di stadium kriket

Feb 25, 2020 | 02:38 PM



 



AHMEDABAD: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Isnin (24 Februari) tersalah menyebut beberapa nama India dan perkataan Hindi dalam hari pertama lawatan rasminya ke India, yang tetap dianggap agak berjaya.


Diselubungi sorakan lebih 100,000 orang di pembukaan stadium kriket terbesar dunia, Encik Trump cuba memuji tuan rumah, Perdana Menteri Narendra Modi kerana berjaya memikul jawatan di pejabat tinggi meskipun mempunyai asal usul sederhana sebagai penjual teh, atau “chai wala”.


“Kehidupan Perdana Menteri Modi menunjukkan harapan tanpa had negara hebat ini. Beliau mula mendampingi bapanya sebagai  ‘chee wala’, seorang penjual teh,” kata Encik Trump, yang menarik ketawa, sorakan dan menjadi bahan jenaka di Twitter.


Encik Modi sering mengongsi latar belakang keluarganya yang sederhana dalam perhimpunan politik, menggambarkan dirinya sebagai seorang lelaki yang telah berjuang dan mengatasi pelbagai rintangan untuk mencapai ke puncak kejayaan.


Encik Trump, walaupun datang daripada latar belakang yang lebih berkemampuan, juga suka melihat dirinya sebagai juara rakyat umum Amerika Syarikat menentang golongan elit yang bersikap terpencil dan tidak peduli.  


“Semasa beliau (Encik Modi) muda, beliau bekerja di sebuah kafeteria di bandar ini...saya bilang anda, beliau seorang yang kuat,” kata Encik Trump, yang berhenti seketika untuk memberi salaman teguh kepada Encik Modi, yang dianggap sebagai “rakan sejatinya”.


Dalam ucapannya, Encik Trump juga berkata mengenai sami Hindu terkenal abad ke-19 - yang sering dipetik Encik Modi sendiri - Swami Vivekananda, tetapi Encik Trump menyebutnya sebagai ‘Vivekamumund’, yang menggembirakan orang ramai, yang kebanyakannnya memakai pelitup Encik Trump dan topi “Namaste (ucapan salam dalam Hindi) Trump”.



Encik Trump juga menyalah sebut beberapa nama termasuk negeri kelahiran Encik Modi, Gujarat dan bandar terbesarnya, Ahmedabad - tempat di mana beliau berucap - serta dua wira kriket India, Schin Tendulkar dan kapten pasukan Virat Kohli.


Encik Trump dan isterinya, Melania, kemudian akan ke bandar Agra untuk lawatan matahari terbenam di Taj Mahal, iaitu makam cinta abad ke-17 dan salah satu destinasi pelancongan paling popular di dunia. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >