WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau akan bertindak menarik diri daripada Perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) pada hari pertama beliau mengambil alih jawatan, selaras dengan ikrar kempen beliau sebelum ini.
"Saya sudah meminta pasukan peralihan supaya menyediakan senarai tindakan eksekutif yang dapat kami ambil bagi memulihkan undang-undang dan mengembalikan peluang pekerjaan," kata bakal Presiden Amerika Syarikat itu dalam mesej video yang menggariskan keutamaan yang akan diberikan sepanjang 100 hari pertama peralihan kuasa di bawah pimpinan beliau.