Trump selar dasar luar, ekonomi China

WASHINGTON: Bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menyelar China mengenai pelbagai isu termasuk penurunan nilai mata wang yuan dan isu Laut China Selatan, hanya beberapa jam selepas pasukannya menafikan perbualan telefon Encik Trump dengan pemimpin Taiwan memberi isyarat tentang perubahan dasar Amerika terhadap Beijing.

"Adakah China bertanya kepada Amerika adakah okey mereka menurunkan nilai mata wang mereka (menjadikan sukar bagi syarikat kami bersaing), mengenakan cukai yang tinggi bagi produk kami untuk dihantar ke negara mereka (Amerika tidak mengenakan cukai ke atas produk mereka) atau membina kompleks ketenteraan di tengah-tengah Laut China Selatan?" kata Encik Trump menerusi tweet.

Waktu Solat

Subuh
5:28
Syuruk
6:50
Zuhur
12:53
Asar
4:16
Maghrib
6:53
Isyak
8:07
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.