Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump setujui bantuan Covid-19, pakej perbelanjaan

Langkah pulihkan pemberian faedah pengangguran untuk jutaan rakyat AS, elak krisis pentadbiran persekutuan
Dec 29, 2020 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani rang bantuan pandemik dan pakej perbelanjaan berjumlah AS$2.3 trilion ($3.06 trilion), sekali gus memulihkan faedah pengangguran bagi jutaan rakyat Amerika dan mengelak penutupan pemerintah persekutuan.



Encik Trump, yang akan meninggalkan pejabat selepas tewas pada pilihan raya November lalu, menarik balik ugutan menyekat rang tersebut yang diluluskan Kongres minggu lepas selepas beliau mendapat tekanan kuat daripada penggubal undang-undang daripada Parti Republikan dan Demokrat.



Beliau, yang sempat bermain golf kelmarin dan menjauhkan diri daripada pandangan awam, menuntut Kongres supaya meminda rang untuk menaikkan jumlah pembayaran rangsangan daripada AS$600 kepada AS$2,000 kepada rakyat Amerika yang sedang bergelut dengan masalah kewangan.



Tidak jelas mengapa Encik Trump mengubah fikiran tetapi satu sumber yang sudah biasa dengan situasi serupa berkata beberapa penasihat beliau telah mendesaknya supaya mengalah.



"Berita baik mengenai Rang Bantuan Covid. Maklumat akan disusuli!" kata Encik Trump dalam satu catatan di laman Twitternya pada petang kelmarin.



Pihak Demokrat bersetuju dengan pembayaran AS$2,000 tetapi ramai anggota Republikan menolaknya.



Ramai pakar ekonomi bersetuju bahawa jumlah bantuan kewangan dalam rang itu seharusnya lebih tinggi supaya ekonomi dapat bergerak lagi tetapi menyatakan bahawa sokongan segera untuk rakyat Amerika yang sedang menjalani perintah berkurung lebih penting.



Faedah pengangguran yang diberi kepada sekitar 14 juta penduduk melalui program pandemik tergendala pada Sabtu lalu tetapi akan diteruskan setelah Encik Trump menandatangani rang tersebut.



Pakej itu termasuk AS$1.4 trilion dalam perbelanjaan untuk membiayai dana agensi-agensi pemerintah.



Jika Encik Trump tidak menandatanganinya, maka penutupan separa pemerintah akan dilaksanakan pada hari ini dan akan mengancam pendapatan berjuta pekerja pemerintah.



Harga saham sedunia melonjak sejurus selepas Encik Trump meluluskan pakej rangsangan itu, sekali gus menghindari krisis perbelanjaan pemerintah.



Saham hadapan S&P AS dan indeks Nikkei Jepun meningkat 0.4 peratus, dan harga emas naik hampir 1 peratus.



"Ini sesuatu yang positif untuk pasaran dengan tiadanya kekecohan mengenai stimulus, memandangkan adanya kemungkinan pemerintah akan ditutup separuh," kata Encik Masahiro Ichikawa, ketua ahli strategi di Sumitomo Mitsui DS Asset Management.



TINDAKAN MENDADAK



Tindakan mendadak Encik Trump menandatangani rang itu dibuat setelah ramai anggota Republikan enggan menyokong permintaannya meminda perundangan yang telah mereka undi.



Beberapa jam sebelumnya, Senator Republikan Pat Toomey dari Pennsylvania memberitahu Fox News bahawa Encik Trump mahu "diperingati kerana penganjurannya terhadap jumlah cek yang lebih besar, tetapi bahayanya adalah beliau akan diperingati kerana kekecohan dan tingkah lakunya yang tidak menentu jika beliau membenarkan hal itu berlaku".



Beberapa tokoh Republikan berasa lega selepas Encik Trump tidak mengambil tindakan mengenai ugutan kuasa veto dengan menyatakan bahawa ia akan membantu calon- calon Senat Republikan Encik David Perdue dan Cik Kelly Loeffler dalam pilihan raya pusingan kedua pada 5 Januari yang akan menentukan pihak mana akan menguasai Senat.



Encik Trump ingin membuktikan kebolehannya sebelum melepaskan jawatan Presiden dengan berkata bahawa beliau menandatangani rang tersebut dengan "satu mesej yang kuat kepada Kongres bahawa perkara yang tidak diperlukan harus dibuang".



Beliau maklum bahawa Dewan Perwakilan yang dikuasai Demokrat merancang mengundi semalam untuk meningkatkan cek bantuan kepada individu daripada AS$600 kepada AS$2,000 dan berkata bahawa Senat "akan memulakan proses" untuk meluluskan pembayaran lebih tinggi.



Pemimpin Majoriti Senat daripada Parti Republikan, Encik Mitch McConnell, menyatakan "saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Tuan Presiden kerana menandatangani bantuan menjadi undang-undang" tetapi tidak mengumumkan hasrat mengenai rancangan untuk mengadakan undian Senat.



Speaker Dewan Nancy Pelosi menyambut baik penandatanganan Encik Trump sebagai "wang pendahuluan untuk apa yang diperlukan", dengan berkata: "Sekarang, Tuan Presiden harus segera memanggil ahli dewan Kongres parti Republikan untuk mengakhiri halangan mereka dan sertai beliau dan ahli Demokrat dalam menyokong perundangan untuk menaikkan jumlah cek pembayaran terus kepada AS$2,000."



Rakyat Amerika sedang berdepan dengan musim perayaan yang suram di balik pandemik yang telah meragut nyawa hampir 330,000 orang di Amerika, dengan jumlah kematian sebanyak 3,000 mangsa setiap hari, angka yang paling tinggi sejak pandemik ini bermula.



Pakej bantuan ini juga akan meluaskan moratorium pengusiran yang akan tamat pada 31 Disember, memberi sokongan baru kepada pembayaran gaji perniagaan kecil, menyediakan dana untuk membantu pembukaan semula sekolah-sekolah dan bantuan ke atas industri pengangkutan dan pengedaran vaksin. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >