Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump sifatkan kenyataan lucah tentang wanita sebagai 'sembang bilik lokar'

Oct 10, 2016 | 12:50 PM



ST LOUIS: Encik Donald Trump menolak kontroversi video di mana beliau membuat komen lucah mengenai meraba wanita sebagai "sembang bilik lokar", dan berkata jika beliau menang pilihan raya presiden, beliau akan meletak lawannya daripada Demokrat, Cik Hillary Clinton, dalam penjara kerana menggunakan server e-mel peribadi semasa berkhidmat sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat.

Calon presiden Republikan itu memohon maaf sekali lagi kerana kenyataan lucahnya mengenai wanita dan menegaskan tidak ada orang yang menghormati wanita lebih daripada beliau, apabila berdebat dengan Cik Clinton dalam perbahasan presiden kedua pada malam Ahad (Isnin pagi, 10 Oktober, waktu Singapura).

Encik Trump bertindak defensif dalam usaha menyelamatkan kempen presidennya, yang terjejas dek kenyataan video lucah itu, yang membuat beberapa anggota utama Republikan menarik balik sokongan mereka bagi beliau.

Beliau mengecam suami Cik Clinton, mantan presiden Bill Clinton, kerana mendera wanita dan mengkritik Cik Clinton bagi skandal e-mel beliau dan keputusan buruk ketika menjadi setiausaha negara, antara isu-isu lain.

Encik Trump, yang menggesa diharamkan orang Islam memasuki Amerika, juga menyifatkan Islamophobia sebagai "memalukan" dan berkata "sama ada kita suka atau tidak, ada masalah".

Cik Clinton memulakan perbahasan kedua itu, yang dimulakan dengan pertanyaan apakah beliau dan Encik Trump memaparkan tingkah laku sesuai bagi kanak-kanak di Amerika.

"Saya boleh berjanji, saya akan bekerjasama dengan setiap warga Amerika. Saya akan menjadi presiden bagi semua rakyat Amerika," katanya. "Saya mahu kita memulihkan negara kita dan menyatukannya, kerana saya rasa itulah cara terbaik untuk kita pulihkan masa depan yang anak-anak dan cucu kita impikan," katanya

"Saya bersetuju dengan semua yang beliau katakan," jawab Encik Trump. "Saya memulakan kempen ini kerana saya bosan melihat perkara-perkara bodoh yang berlaku ke atas negara kita."

Beliau kemudian menyenaraikan contoh perkara seperti perjanjian perdagangan buruk dan perjanjian nuklear Iran.

Sementara itu Cik Clinton mengakui kesalahan beliau menggunakan akaun e-mel peribadi semasa berkhidmat sebagai setiausaha negara.

Semasa perbahasan itu, Encik Trump bertengkar dengan moderator mengenai soalan yang ditanya, berpaling pada kamera, dan pada dasarnya mengabaikan seorang wanita Islam yang memintanya jawapan tentang keselamatan dirinya, lapor media Amerika, yang mengatakan kekecewaan Encik Trump berhubung tindak balas hebat terhadap beliau ketara. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >