Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump: Soal Covid-19 "antara hidup dan mati"

Apr 01, 2020 | 08:39 AM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, memberi amaran kepada warganya bahawa "dua minggu mendatang adalah tempoh paling menyakitkan," namun rakyat Amerika akan mula "melihat cahaya sebenar-benarnya di hujung terowong (kegelapan)."


"Saya mahu setiap warga Amerika bersedia menghadapi hari-hari mendatang yang sukar. Kita akan mengharungi satu tempoh paling mencabar untuk beberapa minggu ini," kata Encik Trump, yang kemudiannya meningkatkan tempoh itu dari dua kepada tiga minggu.

 

Menyatakan demikian semasa sidang media harian bagi memberi taklimat terkini berhubung koronavirus di Rumah Putih, Encik Trump berkata virus ini "adalah satu ujian terbesar negara yang tidak pernah kita dihadapi sebelum ini", ujarnya dengan nada penuh muram dan menambah "langkah tuntas yang diambil, didukung sepenuhnya dengan kekuatan, rasa cinta dan kasih sayang" demi mengurangi jumlah orang yang dijangkiti.


Sehingga kini, sekurang-kurangnya 173,741 orang di Amerika Syarikat merentasi setiap negeri, termasuk Washington, District of Columbia, dan empat wilayah Amerika, telah disahkan positif Covid-19, menurut perangkaan laman akhbar The New York Times.


Sekurang-kurangnya 3,433 pesakit koronavirus telah meninggal dunia.


"Secara terus terang, ia adalah soal hidup dan mati," katanya terhadap kesan penularan virus Covid-19 ke atas Amerika Syarikat, sebelum kemudiannya menyatakan pelaksanaan 'jarak selamat' akan berterusan selama sebulan lagi. - Agensi

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >