Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump suruh Israel tangguh bina petempatan baru

Feb 03, 2017 | 10:10 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, yang menjadikan sokongan buat Israel asas dasar luar beliau, bertukar pendirian pada Khamis (2 Feb) dan buat kali pertamanya memberi amaran kepada pemerintah Perdana Menteri Benjamin Netanyahu supaya menangguhkan pembinaan petempatan baru.



"Walaupun kami tidak percaya kewujudan petempatan menjadi penghalang kepada perdamaian, pembinaan petempatan baru atau perluasan kawasan sedia ada di luar sempadan semasa mereka mungkin tidak dapat membantu dalam mencapai matlamat itu," kata Rumah Putih dalam satu kenyataan, lapor NYTimes.



Pentadbiran itu berkata presiden "belum mengambil kedudukan rasmi mengenai kegiatan penempatan", tetapi berkata Encik Trump akan membincangkan isu itu dengan Encik Netanyahu apabila mereka bertemu pada 15 Feb, yang bermakna memberitahu beliau supaya tunggu hingga tarikh itu.



Dek bertambah berani disebabkan sokongan Encik Trump, Israel telah mengumumkan lebih 5,000 rumah baru di Tebing Barat sejak beliau mengambil alih jawatan pada 20 Jan.



Encik Trump meletak dirinya sebagai sekutu Israel yang jelas dan sehingga kini tidak pernah mempersoal pendekatan Encik Netanyahu.



Beliau memilih seorang penyokong kewangan petempatan Tebing Barat sebagai duta ke Israel, dan mengkritik keras mantan presiden Barack Obama pada Disember keranas tidak menyekat resolusi Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengutuk petempatan.



Sejak Presiden Trump mengangkat sumpah, pemerintah Encik Netanyahu telah mengumumkan ia akan meluluskan 2,500 rumah lagi di kawasan yang telah didiami rakyat Israel di Tebing Barat, dan minggu lalu mengumumkan kelulusan bagi 3,000 lagi.



Pada Rabu (1 Feb), Encik Netanyahu melangkah lebibh jauh, berjanji akan membina petempatan baru di Tebing Barat, yang pertama dalam beberapa tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >