Trump tahu Flynn perdaya Rumah Putih berkaitan Russia

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sudah berminggu mengetahui bahawa Penasihat Keselamatan Negara Michael Flynn telah memperdayakan Rumah Putih mengenai hubungannya dengan Russia tetapi tidak menyingkirnya dengan serta-merta, kata jurucakap pentadbiran Amerika kelmarin.

Presiden Trump diberitahu lewat bulan lalu bahawa Encik Flynn tidak memberitahu Naib Presiden Mike Pence kedudukan sebenar mengenai perbualannya dengan duta Russia ke Amerika sebelum Presiden Trump mengambil alih tugas selaku Presiden, kata jurucakap Rumah Putih, Encik Sean Spicer.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan