Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump tandatangani arahan keluarkan Amerika daripada TPP

Jan 24, 2017 | 08:14 AM



WASHINGTON (AFP) - Presiden Donald Trump telah mengeluarkan Amerika Syarikat daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) Isnin (23 Jan) - mengotakan kata akan keluar daripada perjanjian yang dikecamnya sebagai "pembunuh pekerjaan" dan "memperkosa" kepentingan Amerika Syarikat.



Langkah itu mengundang teguran segera daripada rakan Republikan, Senator Arizona John McCain, menurut kabel MSNBC di Amerika Syarikat.



Encik Trump memulakan minggu pertama beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 dengan membentangkan agenda dasar menandatangani siri arahan eksekutif.



Antara yang pertama ialah pada Isnin (Jan 23, 2017) menarik diri daripada perjanjian perdagangan TPP yang bertujuan menetapkan peraturan perdagangan abad ke-21 dan menyatukan sekutu Amerika menghadapi pengaruh ekonomi Cina yang semakin meningkat.



"Kita telah lama bercakap tentang perkara ini," kata Encik Trump semasa beliau menandatangani arahan eksekutif itu di pejabatnya. "Perkara hebat untuk pekerja Amerika atas apa yang telah kita lakukan ini."



Perjanjian TPP itu dipromosikan oleh Washington dan ditandatangani 12 negara pada 2015. Ia belum berkuat kuasa dan pengunduran Amerika mungkin bermakna ia akan terkubur.



Negara yang menandatanganinya termasuk Australia, Brunei, Canada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei - sekali gus mewakili 40 peratus daripada ekonomi dunia.



Encik Trump berkata perjanjian seperti TPP dan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara menjejas peluang pekerjaan di Amerika dan memusnahkan kawasan utama perindustriannya.



Beliau juga menandatangani dua perintah lain, membekukan pengambilan pekerja persekutuan dan bertindak terhadap NGO asing yang membantu pengguguran.



Encik Trump telah pun mengambil langkah mengekang pembaharuan penjagaan kesihatan Obama dan dijangka mengambil tindakan lain berhubung imigresen dan mengehadkan undang-undang alam sekitar.



Pembaharuan cukai juga mungkin berada dalam agenda utamanya. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >