Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump: Tiada alasan percaya ada campur tangan Russia

Jul 17, 2018 | 07:03 PM



HELSINKI: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang bertemu rakan sejawatannya, Encik Vladimir Putin, berkata beliau melihat tiada alasan untuk mempercayai Russia terbabit menggodam pilihan raya presiden 2016, malah pemimpin Moscow itu ‘berkeras’ menafikannya.



Encik Trump mengadakan pertemuan itu beberapa hari selepas seorang pendakwa raya khas Amerika, Encik Robert Mueller, mendakwa 12 ejen Russia kerana mencuri dokumen Parti Demokrat sekali gus membantunya memenangi undian berkenaan.



Dalam satu sidang media mengelirukan selepas rundingan bersemuka di sini, Encik Trump berkata tiada satu pun kata-kata kritikal mengenai Russia terhadap mana-mana isu yang mengakibatkan hubungan antara Washington dan Moscow tegang seperti pasca Perang Dingin, dari isu Ukraine sehinggalah Syria.



Ditanya jika beliau mempercayai agensi perisikan Amerika yang merumuskan campur tangan Russia dalam pilihan raya 2016, Encik Trump berkata beliau dimaklumkan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) bahawa Russia seharusnya dipersalahkan, namun dirinya sendiri tidak pasti.



“Saya tidak nampak apa-apa sebab mengapa perlu mempercayainya. Presiden Putin amat berkeras untuk menafikannya (pembabitan Russia) hari ini,” kata Encik Trump.



Malah, sebelum pertemuan kedua-duanya bermula, Encik Trump menyalahkan negaranya sendiri kerana ketegangan hubungan dengan Russia.



“Hubungan kita dengan Russia tidak pernah teruk, terima kasih atas kebodohan Amerika dan kini tuduhan sengaja diada-adakan!” kata Encik Trump di Twitter.



Kementerian Luar Russia memberi tanda ‘like’ dengan kata-katanya dan membalas: “Kami setuju.”



Dalam sidang media itu, Encik Trump diminta media mengkritik Russia, namun berulang kali ditolak. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >