Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump tiba di New York untuk dihadapkan ke mahkamah

Apr 04, 2023 | 10:25 AM



NEW YORK/PALM BEACH: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump berlepas ke New York City pada Isnin untuk berdepan pertuduhan berhubung pemberian wang sogokan kepada seorang pelakon filem lucah.


Encik Trump dijangka menyerah diri di Pejabat Pendakwa Raya Manhattan pada Selasa, dan berkemungkinan cap jarinya akan diambil sebelum menghadap hakim dan mengaku tidak bersalah.


Ahli parti Republikan berusia 76 tahun itu yang mahu merebut jawatan Presiden Amerika sekali lagi pada 2024, adalah bekas Presiden Amerika  pertama yang berdepan pertuduhan jenayah.


Pesawat peribadi dinaikinya yang berwarna merah, putih dan biru dengan tulisan TRUMP serta imej bendera Amerika, tiba di Lapangan Terbang LaGuardia di Queens selepas tiga jam setengah berlepas dari West Palm Beach berhampiran kediamannya di Florida.


Menjelang perbicaraan itu, Encik Trump memperkuatkan pasukan guamannya dengan melantik Encik Todd Blanche, peguam jenayah kolar putih terkemuka dan bekas pendakwa raya persekutuan, kata dua sumber yang maklum dengan perkara itu.


Terdahulu, Encik Blunce serta peguam Encik Trump yang lain menggesa hakim untuk menguatkuasakan larangan liputan video, foto dan radio ketika bekas Presiden AS itu dihadapkan ke mahkamah pada Selasa. – Reuters



 



Laporan berkaitan:



https://www.beritaharian.sg/dunia/polis-pasang-penghadang-tutup-jalan-m…



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >