Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump: AS timbang semula adakan sidang puncak dengan Korea Utara pada Jun

May 26, 2018 | 02:22 PM



WASHINGTON / SEOUL - Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata negaranya sedang berbincang secara  "produktif" mengenai kemungkinan mengadakan  sidang puncak dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un pada 12 Jun, sehari selepas beliau membatalkannya kerana  'sikap kasar terbuka' Pyongyang.



Trump memberitahu pemberita bahawa pegawai Amerika sedang berbincang dengan Korea Utara selepas "kenyataan sangat baik" oleh negara itu pada Jumaat, kurang 24 jam selepas beliau membatalkan pertemuan yang dinantikan itu.



"Kami sedang berbincang secara produktif memulihkan Sidang Puncak, jika ia berlaku, kemungkinan ia kekal berlangsung di Singapura pada tarikh yang sama, 12 Jun, dan jika perlu melanjutkannya melewati tarikh itu," kata Encik Trump dalam pos Twitter.



Beliau sebelum ini menyatakan sidang puncak itu boleh diselamatkan setelah menyambut kenyataan baik Korea Utara yang mengatakan ia tetap terbuka untuk berbincang.



"Ia merupakan satu kenyataan sangat baik," kata Trump kepada wartawan di Rumah Putih. "Kita lihat apa akan berlaku - ia malah mungkin berlangsung pada 12 Jun.



 "Kami sedang berbincang dengan mereka. Mereka sangat ingin mengadakannya. Kami mahu melakukannya. "



Selepas tegang bertahun-tahun ekoran program senjata nuklear Pyongyang, Encik Kim dan Encik Trump bersetuju bulan ini untuk mengadakan pertemuan pertama antara presiden Amerika dan pemimpin Korea Utara.



Encik Trump membatalkan mesyuarat yang dirancang berlangsung di Singapura dalam satu surat kepada Encik Kim pada hari Khamis selepas ancaman berulang oleh Korea Utara mahu membatalkannya kerana kenyataan bersifat konfrontasi oleh pegawai Amerika yang menuntut perlucutan senjata satu pihak. Encik Trump memetik sikap kasar Korea Utara semasa membatalkan sidang puncak itu. - Reuters



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >