Trump tolak rundingan telefon dengan presiden Taiwan

WASHINGTON: Presiden Amerika, Encik Donald Trump, menolak cadangan Presiden Taiwan agar mereka mengadakan perbincangan telefon, sambil berkata beliau tidak mahu menimbulkan masalah dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, sedang Beijing membantu usaha membendung Korea Utara.

Dalam sebuah wawancara di Rumah Putih, Presiden Trump mengetepikan idea itu selepas Presiden Taiwan, Cik Tsai Ing-wen, memberitahu Reuters pada Khamis beliau tidak menolak mengadakan perbincangan dengan beliau, satu tindakan yang dijangka menimbulkan kemarahan China.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan