Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump ucap selamat tanpa sebut nama Biden

Mantan presiden masih tidak hulur persahabatan kepada presiden baru dalam ucapan perpisahan
Jan 21, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dalam ucapan perpisahan yang dikeluarkan semalam (waktu Amerika), memohon yang terbaik bagi pentadbiran baru bakal presiden Joe Biden, tanpa menyebut nama penggantinya daripada parti Demokrat itu.



"Minggu ini, kita melantik sebuah pentadbiran baru dan mendoakan kejayaannya dalam memelihara Amerika agar terus aman dan makmur," kata presiden daripada parti Republikan itu dalam satu kenyataan video.



"Kami mengucapkan yang terbaik buat mereka, dan kami juga berharap mereka mempunyai nasib baik - sepatah perkataan sangat penting."



Encik Trump masih tidak mahu menghulurkan persahabatan kepada Encik Biden, yang memenangi pilihan raya presiden pada 3 November lalu.



Beliau juga tidak mahu bertemu Encik Biden sebelum pelantikan beliau sebagai presiden baru Amerika pada 12 tengah hari Rabu (1 pagi Khamis waktu Singapura), dan sebaliknya merancang terbang ke Florida, tempat dijangka tinggal setelah tamat penggal Rumah Putihnya.



Empat tahun lalu, pada pilihan raya 2016, Encik Trump berkempen atas janji akan "Menjadikan Amerika Hebat semula", namun sekarang beliau meninggalkan Rumah Putih dengan hampir 400,000 orang mati akibat koronavirus Covid-19, yang risikonya diperkecilkan beliau; ekonomi terjejas teruk oleh pandemik itu; dan hubungan tegang dengan sekutu-sekutu utama Amerika.



"Bahaya terbesar yang kita hadapi ialah kehilangan kepercayaan pada diri kita sendiri, kehilangan kepercayaan terhadap kehebatan negara kita," kata Encik Trump.



"Amerika bukan sebuh bangsa penakut dan perlu dilindungi daripada orang yang kita tidak setujui."



Encik Trump 'bersembunyi' di Rumah Putih pada minggu-minggu terakhir penggalnya, setelah berlaku rusuhan oleh penyokongnya di bangunan Capitol pada 6 Januari, menyebabkan lima orang mati, termasuk seorang pegawai polis Capitol.



Pencerobohan penyokongnya itu, menyusuli satu rapat di mana beliau mengulangi tuduhan palsu mengenai penipuan pilihan raya, membayangi segala usaha mengetengahkan legasi beliau sebagai presiden pada hari-hari terakhirnya di pejabat.



Dalam ucapan yang dirakam itu, Encik Trump berusaha mengetengahkan beberapa aspek penggal jawatannya.



"Kami telah melakukan apa yang kami mahu lakukan semasa datang ke sini, dan banyak lagi," katanya.



"Saya menghadapi pertempuran sukar, persaingan paling sukar, pilihan paling sukar - kerana anda pilih untuk lakukan perkara-perkara itu."



Beliau menarik perhatian tentang perjanjian damai Timur Tengah yang diusahakan pentadbirannya dan memuji agenda dasar luarnya.



"Kami menghidupkan semula pakatan kita dan menggerakkan negara-negara di dunia untuk menentang China secara yang tidak pernah kita lakukan sebelum ini," katanya.



"Saya terutama sekali bangga menjadi presiden pertama dalam beberapa dekad yang tidak memulakan satu pun perang baru."



Encik Trump, yang meninggalkan jawatannya di tengah-tengah perpecahan mendalam di negara itu, mengakui akan rusuhan Capitol, yang beliau mengambil masa lama untuk mengecamnya.



"Semua rakyat Amerika berasa ngeri mengenai serangan di Capitol kita. Keganasan politik adalah serangan terhadap semua yang kita hargai sebagai rakyat Amerika. Ia tidak boleh diterima," katanya.



Namun, beliau membayangkan pergerakannya akan terus berjalan.



"Kini, ketika saya bersiap untuk menyerahkan kekuasaan kepada pemerintahan baru pada tengah hari Rabu, saya ingin anda tahu bahawa gerakan yang kita mulakan baru saja bermula," katanya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >