Trump utus surat kepada Xi, mahu jalin hubungan membina

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah menghantar surat kepada Presiden China Xi Jinping, dengan berkata beliau mahu bekerjasama "bagi menjalin hubungan yang membina" yang memberi manfaat kepada kededua negara, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan, semalam.

Surat itu juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Xi yang menghantar surat tahniah sewaktu perasmian Encik Trump sebagai Presiden Amerika dan ucapan kepada rakyat China dalam menyambut Tahun Baru Cina yang makmur.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto