Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Trump, Xi bakal bertemu di Florida 6-7 April

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Trump, Xi bakal bertemu di Florida 6-7 April

Mar 30, 2017 | 05:55 PM

BEIJING: Presiden China Xi Jinping akan menemui Presiden Amerika Syarikat Donald Trump di Florida pada 6-7 April ini, kata jurucakap kementerian luar China Lu Kang, hari ini, Khamis (30 Mac).

Pertemuan itu akan diadakan di resort Encik Trump, Mar-a-Lago, kata Encik Lu kepada wartawan dalam sidang media.

Pengumuman tentang lawatan itu diadakan selepas hubungan AS-China tegang menyusuli kritikan Encik Trump terhadap dasar perdagangan China dan keengganan negara itu memberi tekanan kepada Korea Utara menghentikan program nuklear dan peluru berpandunya.

Encik Xi merupakan pemimpin dunia kedua melawat Mar-a-Lago sejak Encik Trump menjadi Presiden Amerika.

Sebelum ini, Presiden Amerika itu menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe di estet tersebut bulan lalu.

Sumber-sumber diplomatik di Beijing memberitahu agensi berita AFP bahawa pertemuan itu memberi peluang kepada kededua pemimpin mengenali satu sama lain, sebelum mereka merundingkan isu-isu yang lebih berat di masa hadapan. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3