Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tsunami pukul Fukushima lepas gempa kuat landa timur laut Jepun

Nov 22, 2016 | 09:42 AM



TOKYO: Amaran tsunami dikeluarkan di sepanjang pantai timur laut Jepun selepas gempa bumi kuat melanda di luar pantai Fukushima pada 5.59 pagi waktu tempatan (4.49 pagi di Singapura).



Agensi Meteorologi Jepun pada mulanya berkata gempa itu sekuat 7.3 tetapi kemudian merendahkannya kepada 7.4, dengan pusat gempa pada kedalaman 25km. Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), bagaimanapun, merendahkannya kepada 6.9, lapor Reuters.



Satu gelombang setinggi 60sm melanda pelabuhan Onahama di wilayah Fukushima pada 6.49 pagi waktu tempatan, diikuti gelombang setinggi 90sm yang melanda Soma sejurus selepas 7 pagi.



Pada kira-kira 8 pagi, gelombang tsunami 140sm diperhatikan di Sendai, lapor NHK apabila ia menggesa penduduk supaya pindah memandangkan "ketinggian tsunami mungkin sedang meningkat".



Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran lebih banyak gelombang - sehingga 3m tinggi - dijangka.



Pusat gempa bumi itu, yang turut dirasai di Tokyo, ialah pada kedalaman kira-kira 10 kilometer, kata agensi itu.



Perdana Menteri Shinzo Abe, yang sedang melakukan lawatan rasmi ke Buenos Aires, Argentina, berkata beliau sedang memantau keadaan dan akan mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk menyelamatkan penduduk terlibat.



Jurucakap kerajaan, Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga, berkata dalam satu sidang media belum ada sembarang laporan mengenai kerosakan besar atau kecederaan serius akibat gempa itu.



Semboyan amaran tsunami di bandar Iwaki di Fukushima boleh didengar di latar belakang rakaman secara langsung oleh penyiar kebangsaan NHK. Ia melaporkan tsunami dikesan 20km di luar pantai Iwaki, dan menggesa orang-orang di pantai supaya "jangan rasa lega dan pindah dengan segera", dan jangan pulang ke rumah sehingga amaran itu ditarik balik sepenuhnya.



Fukushima antara tempat paling teruk terjejas apabila gempa sekuat 9.0 melanda pada 11 Mac 2011, mencetuskan tsunami setinggi 10m yang melanda pantai timur laut Jepun.



Ia melumpuhkan loji kuasa Fukushima Dai-ichi, merosakkan tiga reaktor dalam salah satu bencana nuklear paling teruk setakat ini. Sekitar 18,500 orang mati atau hilang dalam bencana itu, dan 174,000 penduduk kehilangan rumah.



Selepas gempa terkini, pegawai Tokyo Electric Power Company (Tepco) berkata "tiada keadaan luar biasa" di loji kuasa itu, dan "tiada perubahan dalam tahap radiasi".



Bagaimanapun, NHK kemudian memetik Tepco sebagai berkata peralatan penyejukan bagi kolam bahan api nuklear yang digunakan dalam reaktor ketiga di loji kuasa No 2 Fukushima telah berhenti.



Menurut pengendali nuklear itu, tsunami setinggi satu meter telah melanda pantai di loji itu, tetapi tidak ada maklumat lanjut.



Ada kebakaran di sebuah kompleks petroleum di Iwaki, tetapi ia telah dipadamkan.



Gempa pertama membawa kepada beberapa gempa susulan, termasuk sekuat 5.4 di Fukushima pada 6.10 pagi, 5.5 di Fukushima Nakadori pada 6.39 pagi, dan 4.9 di luar bandar Namie.



Sejak bencana Fukushima, semua loji nuklear di pantai yang boleh dilanda tsunami telah ditutup.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >