Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tugas berat timbang haiwan

Aug 26, 2019 | 04:05 PM



LONDON - TAMAN Haiwan London telah memulakan tugas tahunan mereka yang paling rumit pada Khamis lalu - menimbang berat badan haiwan di taman tersebut. 



Katak kuak, ular sawa dan penguin adalah antara haiwan yang perlu dipujuk, lazimnya dengan makanan, untuk ke penimbang untuk pemeriksaan berat badan dan saiz mereka. 



Proses ini membolehkan para penjaga menilai kesihatan haiwan itu, mendapat maklumat tentang kehamilan haiwan itu, dan jika haiwan itu hampir mati, membantu dalam menguruskan ubat yang sesuai mengikut berat badan mereka, kata Persatuan Taman Haiwan London.



Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan kerjasama haiwan bukan satu tugas yang mudah, bahkan penjaga haiwan perlu menggunakan kaedah yang bijak. 



Penguin "ditipu" untuk berjalan ke penimbang sambil mereka beratur untuk mendapatkan makanan.



Singa pula disuruh untuk mencapai makanan sarapan mereka yang digantung dari tempat tinggi, demi mencatat ketinggian penuh rangkanya.



Bukan semua 19,000 haiwan daripada 560 spesies haiwan di taman haiwan itu akan ditimbang.



Biasanya, hanya satu daripada koloni haiwan tertentu akan ditimbang.



Proses penimbangan tahunan ini akan mengambil masa kira-kira seminggu. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >