Subuh
5:57
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:41
Maghrib
7:21
Isyak
8:33

Tujuh lagi dijangkiti Mers di Arab Saudi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Tujuh lagi dijangkiti Mers di Arab Saudi

May 07, 2014 | 04:27 PM

DUBAI: Arab Saudi telah menggantikan ketua Hospital King Fahd di Jeddah, kata Kementerian Kesihatan Arab Saudi, sedang tujuh lagi dijangkiti virus Sindrom Pernafasan Timur Tengah (Mers) dalam tempoh 24 jam.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata langkah itu merupakan sebahagian usaha menangani penularan Mers dan "langkah tegas... bagi menjamin peningkatan serta merta khidmat jagaan perubatan" di hospital, yang merupakan kemudahan kesihatan utama di mana sejumlah besar pesakit Mers kini sedang dirawat.

Jumlah mereka yang dijangkiti Mers di negara itu telah mencapai 421 orang sementara 115 orang menjadi korban sejak September 2012.

Bilangan kes Mers telah melonjak sejak beberapa minggu lalu, dengan kebanyakan kes berlaku di Jeddah, bandar kedua terbesar di Arab Saudi. - Agensi berita

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3