Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tujuh mati dalam nahas helikopter di New Zealand

Nov 22, 2015 | 12:30 AM



WELLINGTON - Enam pelancong dan juruterbangnya terkorban apabila helikopter yang mereka naiki terhempas ke dalam jurang glasier yang tebal di New Zealand semasa cuaca buruk hari ini, Sabtu.


Helikopter persiaran itu menjunam ke dalam Fox Glacier, sebuah tarikan pelancong yang popular di pantai barat Pulau Selatan New Zealand.


Semasa kejadian, keadaan cuaca dilaporkan hujan dan langit mendung.


Seorang paramedik dan pasukan penyelamat alp yang diturunkan ke tempat kejadian mengesahkan tiada orang terselamat, kata jurucakap polis.


Usaha menyelamat sedang dilancarkan untuk mengeluarkan mayat-mayat mangsa tetapi polis berkata ini akan mengambil masa kerana cuaca amat buruk.


"Saya tidak akan membahayakan nyawa yang lain, kita telah pun hilang tujuh nyawa," kata Inspektor John Canning.


Bagaimanapun, nama dan warga negara mereka yang terkorban tidak pula segera diketahui.


Helikopter yang terhempas itu dikatakan dimiliki oleh Alpine Adventures.


Lima tahun lalu, sembilan orang termasuk empat pelancong terkorban apabila pesawat yang membawa sekumpulan penerjun udara terhempas semasa berlepas di lapangan terbang Fox Glacier.


Fox Glacier sepanjang 13 kilometer dan disenaraikan sebagai antara glasier paling banyak dikujungi di dunia, menarik ribuan pelancong setiap tahun. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >