Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Tujuh maut, tiga hilang setelah jambatan runtuh di Indonesia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Tujuh maut, tiga hilang setelah jambatan runtuh di Indonesia

Jan 20, 2020 | 03:54 PM

BENGKULU: Tujuh orang meninggal dunia dan tiga lagi masih hilang setelah sebuah jambatan runtuh di pulau Sumatra, Indonesia, menurut agensi bencana hari ini (Isnin, 20 Jan).

Sekitar 30 orang, kebanyakannya pelajar sekolah, berada di atas jambatan itu pada tengah hari semalam (Ahad, 19 Jan) di bandar Kaur, apabila ia tiba-tiba runtuh.

Paras air dalam sungai di bawah jambatan itu lebih tinggi dari biasa dan terdapat arus yang kuat berikutan hujan lebat di kawasan itu.

"Jambatan mungkin tidak dapat menahan berat dan runtuh - tujuh maut dan tiga lagi masih hilang," kata Ujang Syafiri, ketua agensi penanggulangan bencana.

Beberapa pelajar yang jatuh ke dalam air telah berjaya diselamatkan sementara pasukan mencari dan menyelamat melakukan tugas sejauh radius 20 kilometer untuk mencari mangsa yang hilang, yang difahamkan semuanya merupakan belia. - AFP

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3