Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tujuh tanda utama sebelum Malaysia isytihar masuk fasa endemik

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia menetapkan tujuh indikator utama yang perlu dicapai sebelum Kementerian Kesihatan boleh mengisytiharkan Malaysia memasuki fasa endemik, sekali gus bersedia untuk hidup bersama virus Covid-19.



Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata indikator berkenaan merangkumi jumlah penggunaan katil hospital, unit jagaan rapi (ICU) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC); kapasiti ujian di makmal; dan kadar positif Covid-19.



Selain itu, jumlah petugas Kementerian Kesihatan yang dijangkiti serta jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke wad; jumlah kematian harian dan purata tujuh hari; kadar insiden kes harian serta kadar vaksinasi populasi keseluruhan pun akan diambil kira.



"Untuk masuk ke fasa endemik, kerajaan menetapkan tujuh indikator, dan satu daripadanya adalah kapasiti penggunaan katil hospital, yang ketika ini masih tinggi dengan ada yang melebihi 50 peratus.



"Untuk menjangkau ke peringkat endemik, kadar penggunaan katil keseluruhan mesti kurang daripada 30 peratus, ICU kurang 10 peratus dan jumlah PKRC kita sasarkan kurang 30 peratus.



"Kapasiti makmal untuk menjalankan ujian pula perlulah melebihi 90 peratus; kadar positif dalam endemik mestilah kurang 5 peratus; jumlah petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 mesti di tahap minimum iaitu kurang 1 peratus; dan kadar kes Covid-19 yang teruk masuk ke wad perlu kurang daripada 0.5 peratus.



"Jumlah kematian purata tujuh hari pula disasarkan kurang daripada 0.8 peratus, dengan jumlah kematian harian kurang daripada 10 kes; insiden kes pula kurang 1,200 sehari dan vaksinasi perlu lebih 80 peratus daripada jumlah populasi keseluruhan," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat kelmarin.



Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Salim Sharif yang bertanyakan bila Kementerian Kesihatan akan mengisytiharkan Malaysia masuk ke fasa endemik serta sama ada rakyat Malaysia sudah bersedia untuk hidup bersama virus Covid-19. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >