DHAKA - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh, lapan orang tercedera hari ini (17 November) setelah paip gas meletup di kota perlabuhan Bangladesh, Chittagong, kata polis.
Paip gas itu meletup di depan bangunan lima tingkat, mengakibatkan dinding melayang dari bangunan, kata pegawai polis setempat, Encik Mohammad Mohsin.
Mangsa tercedera telah dibawa ke hospital, katanya, dan menambah bahawa operasi menyelamat dalam perjalanan. - REUTERS