Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tujuh terkorban akibat banjir di Maghribi

Aug 29, 2019 | 02:30 PM



RABAT - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut pada hari Rabu (28 Ogos) ketika sungai melimpah dan membanjiri padang bola yang terletak di kampung Tizert, wilayah Troudant, di daerah selatan negara Maghribi di mana permainan bola Sepak sedang dimainkan, kata pihak berkuasa tempatan.



Pihak berkuasa berkata, mangsa termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun manakala selebihnya orang dewasa.



Seorang lelaki yang cedera dalam kejadian itu diselamatkan dan pasukan penyelamat masih mencari seorang mangsa yang hilang.



Menurut seorang penduduk kampung kepada AFP, sungai itu melimpah lalu membanjiri padang yang menjadi lokasi kejohanan bola sepak amatur.



Seorang saksi berkata, lapan lelaki yang berlindung di bilik persalinan dihanyut banjir.



"Kami terkejut, saya berumur 64 tahun dan saya tidak pernah melihat hujan lebat seperti itu," kata saksi itu.



Gambar dan video yang dikongsi di media sosial menunjukkan air lumpur menghanuyutkan penduduk yang yang telah memanjat di atas sebuah bangunan ditenggelamkan oleh banjir itu.



Perkhidmatan cuaca kebangsaan Maghribi telah memberi amaran tentang risiko hujan lebat di beberapa wilayah pada petang Rabu itu.



Hujan lebat yang menyusul pada cuaca kering, menjadikan banjir semakin ganas, lapor media tempatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >